YAB Perdana Menteri: Golongan Pekerja Penentu Hala Tuju Negara

YAB Perdana Menteri: Golongan Pekerja Penentu Hala Tuju Negara

Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kekuatan dan kemajuan negara berpaksikan kepada kesatuan serta pengorbanan golongan pekerja yang menjadi tulang belakang pembangunan Malaysia.

Berucap di hadapan lebih 10,000 hadirin sempena Sambutan Hari Pekerja 2025 bertemakan Pekerja Kesuma Bangsa di Axiata Arena, Bukit Jalil pagi tadi, beliau menyeru agar dasar negara lebih berpihak kepada pekerja, bukan hanya dalam bentuk kenaikan gaji tetapi juga melalui reformasi menyeluruh terhadap saraan, perumahan, kesihatan dan pendidikan anak-anak mereka.

Mengulas mengenai Sistem Saraan Penjawat Awam yang baharu, beliau menjelaskan pendekatan Kerajaan adalah menaikkan gaji secara progresif dengan keutamaan diberikan kepada pekerja berpendapatan rendah agar jurang tidak terus melebar.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 63
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 15 Mei 2025, 10:21:07.

logo-sirim