YB Menteri Adakan Lawatan Kerja Ke USIM

YB Menteri Adakan Lawatan Kerja Ke USIM

YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi telah mengadakan lawatan kerja ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini hari ini.

Delegasi YB Menteri telah disambut oleh Pengurusan Tertinggi Universiti yang diketuai oleh YBhg Prof. Dato’ Dr. Sharifudin Md Shaarani, Naib Canselor USIM.

Mengiringi beliau YBhg Datuk Dr. Mohd Zabri Yusoff, TKSU (Pengurusan dan Pembangunan) dan YBhg Dato Prof. Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi.

Lawatan kerja ini dimulakan dengan lawatan ke reruai pameran di lobi canselori yang mempamerkan pencapaian dan projek inovasi universiti antaranya Perkhidmatan Klinik Pakar Mata Bergerak (Klip Mobile), Quality CPR for Training (Q-Cat), Klinik Guaman, Learning Space, Salah Chair Using Electronic Sensor dan Global Islamic Games/Halal.

YBhg Naib Canselor selepas itu telah membentangkan fokus dan pencapaian universiti (journey and milestone), cabaran utama universiti, bidang tujahan (niche area), sumbangan kepada komuniti, masyarakat dan negara, serta inisiatif berimpak dan keberhasilan tinggi.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2237
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:56:01.