YB Menteri Hadir Majlis Makan Malam Gala Berprestij Sempena Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China

YB Menteri Hadir Majlis Makan Malam Gala Berprestij Sempena Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, telah menghadiri Majlis Makan Malam Gala sempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, Sidang Kemuncak ASEAN–Majlis Kerjasama Teluk (GCC) ke-2 dan Sidang Kemuncak ASEAN–GCC–China yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) semalam.

Majlis berprestij itu dihoskan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan menghimpunkan barisan pemimpin tertinggi serantau dan antarabangsa, termasuk semua Ketua-Ketua Negara ASEAN; Yang Teramat Mulia Putera Mahkota Kuwait, Sheikh Sabah Khaled Al-Hamad Al-Sabah; Ahli Majlis Tertinggi Emiriah Arab Bersatu (UAE) merangkap Pemerintah Ras Al Khaimah (RAK), Sheikh Saud Saqr Al Qasimi; serta Perdana Menteri Republik Rakyat China, TYT Li Qiang.

YB Menteri menyifatkan penyertaan Malaysia dalam majlis ini sebagai cerminan peranan aktif negara dalam memacu hubungan strategik pendidikan tinggi serantau dan global selari dengan agenda diplomasi pintar.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 263
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Isnin 16 Jun 2025, 06:58:06.

logo-sirim