YB Menteri Lawat UKM

YB Menteri Lawat UKM

YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi telah mengadakan lawatan kerja ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini semalam.

YB Menteri telah diberi peluang untuk meninjau pameran pencapaian dan keberhasilan alumni serta hasil penyelidikan warga UKM di Bangunan Canselori.

Beliau kemudiannya telah menyempurnakan pelancaran buku “Einstein di Malaya” terbitan Penerbit UKM dan Perkhimatan Solar UKM.

Dalam lawatan kerja ini, YB Menteri turut diberikan taklimat oleh YBhg. Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd. Ekhwan Toriman, Naib Canselor UKM berkaitan status semasa, perancangan serta hala tuju UKM pada masa akan datang.

Turut hadir YBhg. Dato’ Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad, TKSU (Dasar), YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak, Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, YBhg. Dato’ Prof. Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi serta pengurusan kanan UKM.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2700
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Selasa 23 April 2024, 10:59:17.