YB Menteri Luang Masa Bersama Para Pelajar Antarabangsa Di Malaysia

YB Menteri Luang Masa Bersama Para Pelajar Antarabangsa Di Malaysia

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah meluangkan masa untuk menyantuni para pelajar antarabangsa dalam Majlis "Meet and Greet with International Students in Malaysia" di UiTM Shah Alam petang tadi.
Majlis yang dihoskan oleh Bahagian Education Malaysia JPT dan UiTM tersebut telah mengumpulkan hampir 500 orang pelajar antarabangsa yang datang dari negara seperti China, Jordan, Nigeria, Palestin, Pakistan, Iraq, Jepun dan India yang sedang melanjutkan pengajian di IPT Malaysia.
Selain itu, program ini turut bertujuan mempromosikan kesiapsiagaan Malaysia dalam mengharungi arus globalisasi pasca pandemik COVID-19 seterusnya mencapai hasrat untuk menjadikan Malaysia hab pendidikan bertaraf global.
Majlis turut diserikan dengan sesi perkongsian oleh para pelajar yang telah memilih Malaysia sebagai destinasi pengajian sambil dihiburkan dengan persembahan kebudayaan serta reruai pameran yang memaparkan negara asal masing-masing.
Turut hadir, Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, KSU, Dato' Dr. Megat Sany Megat Ahmad Supian, TKSU (D), Dr. Mohd Zabri Yusoff, TKSU (PP), Prof. Ts. Datuk Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor UiTM, Prof. Madya Dr. Mohd Azmir Mohd Nizah, Pengarah Bahagian Education Malaysia JPT serta para naib canselor IPT dan barisan pengurusan KPT.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 3567
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Selasa 23 April 2024, 10:59:17.