YB Menteri Pendidikan Tinggi Bertemu Para Pemimpin Mahasiswa
YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi telah meluangkan masa untuk bertemu dengan para pemimpin mahasiswa IPT di pejabatnya pagi tadi.
Pertemuan tersebut telah membincangkan berkenaan isu-isu serta hala tuju mahasiswa di bawah kepimpinan YB Menteri Pendidikan Tinggi yang baharu.
Dalam masa yang sama, YB Menteri turut berbincang mengenai program serta inisiatif yang telah dan akan diperkenalkan oleh kementeriannya dalam memperkasakan para mahasiswa dalam mendepani cabaran akan datang.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 2711