YB Menteri Pendidikan Tinggi Lawat HoSZA, Suntik Semangat Warga Kesihatan

YB Menteri Pendidikan Tinggi Lawat HoSZA, Suntik Semangat Warga Kesihatan

Hospital Universiti Sultan Zainal Abidin (HoSZA) hari ini menerima kunjungan daripada Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir dalam satu lawatan kerja yang cukup bermakna.

Sepanjang lawatan tersebut, YB Menteri berkesempatan meninjau beberapa lokasi utama termasuk Jabatan Perubatan Rehabilitasi, Wad Pembedahan Wanita, Pusat Rawatan Harian Endoskopi, Wad Diraja serta Anjung Tinjau.

YB Menteri turut diberikan taklimat ringkas mengenai peranan HoSZA sebagai institusi latihan dan pendidikan untuk pelajar perubatan serta sebagai penyedia perkhidmatan kesihatan yang penting kepada masyarakat setempat.

Kehadiran YB Menteri bukan sahaja mencerminkan keprihatinan beliau terhadap pembangunan pendidikan kesihatan, malah menjadi suntikan semangat buat seluruh warga hospital untuk terus berkhidmat dengan penuh komitmen dan kecemerlangan.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Dr. Anesee Ibrahim; Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Governan dan Pembangunan), Ahmad Rizal Adnan; serta barisan Pengurusan Tertinggi UniSZA dan HoSZA.

YB Menteri turut meluangkan masa menziarahi Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu, Prof. Ir. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim yang sedang menerima rawatan di Hospital KMI di sini.

Semoga beliau dikurniakan kesembuhan yang segera dan dapat kembali menjalankan amanah serta tugasannya dengan cemerlang.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 145
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 15 Mei 2025, 10:21:07.

logo-sirim