YB Menteri Pendidikan Tinggi Mulakan Lawatan Kerja Ke Qatar

YB Menteri Pendidikan Tinggi Mulakan Lawatan Kerja Ke Qatar

Menteri Pendidikan Tinggi, YB. Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin telah memulakan lawatan kerjanya ke luar negara iaitu Qatar, Russia dan Turkiye bersama delegasi Kementerian Pendidikan Tinggi semalam.

Sejurus tiba di destinasi pertama iaitu Doha, beliau telah disambut oleh Duta Besar Malaysia ke Qatar, TYT Zamshari Shaharan dan diiringi ke majlis makan bersama Diaspora Malaysia di sana.

Kesempatan yang ada tersebut telah dimanfaafkan oleh YB Menteri dengan berdialog bersama para jemputan yang hadir berkaitan Malaysia Madani dan usaha kerajaan dalam memperkasa sektor pendidikan tinggi negara.

Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar)KPT, YBhg. Dato' Dr. Megat Sany Megat Ahmad Supian dan Presiden Persatuan Malaysia-Qatar.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1684
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:56:01.