YB Menteri Pendidikan Tinggi Terima Kunjungan Hormat Kings College

YB Menteri Pendidikan Tinggi Terima Kunjungan Hormat Kings College

YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi telah menerima kunjungan hormat daripada Kings College di pejabatnya pagi tadi.

Kings College merupakan sebuah institut pendidikan tinggi swasta (IPTS) yang berpusat di ibu negara itu telah diwakili oleh YBhg. Prof. Dr. Mohamad Salmi Mohd Sohod, Ahli Lembaga Pengarahnya serta Encik Ramadasen Ramachandran, Ketua Pegawai Eksekutifnya.

Dalam kunjungan itu, YB Menteri telah diberi taklimat berkenaan perancangan serta pelan strategik kolej tersebut bagi membantu merealisasikan azam serta aspirasi KPT dalam memperkasakan sektor pendidikan tinggi negara terutamanya melahirkan bakat yang berkemahiran.

Perbincangan turut diadakan mengenai haluan dan momentum program microcredentials yang sedang dilaksanakan oleh Kings College dengan rakan strategik antarabangsanya iaitu Tech Mahindra yang berfokuskan bidang Kecerdasan Buatan (AI) dan Internet Pelbagai Benda (IoT).

Selain itu, Kings College turut menyatakan hasrat untuk memeterai kerjasama dengan mana-mana IPTA di Malaysia bagi memperkasakan lagi sektor TVET dengan teknologi-teknologi yang lebih terkini sesuai dengan kehendak pasaran masa hadapan.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1709
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:56:01.