YB Menteri Rasmi Bengkel Kumpulan Kerja Teknikal (Technical Working Group – TWG) Bagi Pendidikan Tinggi Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12)

YB Menteri Rasmi Bengkel Kumpulan Kerja Teknikal (technical Working Group – Twg) Bagi Pendidikan Tinggi Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12)

YB Dato' Seri Mohd Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi pada hari ini telah merasmikan Bengkel Kumpulan Kerja Teknikal (Technical Working Group – TWG) bagi Pendidikan Tinggi bagi Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Kedua Belas (KSP RMKe-12) yang berlangsung di Dewan Za'ba, Kementerian Pendidikan Tinggi.

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk menyemak dan menilai semula pencapaian dan sasaran yang ditetapkan dalam RMKe-12, mengenalpasti isu dan cabaran dalam pelaksanaan RMKe-12 bagi separuh penggal pertama dan menambah baik serta mengenal pasti strategi, inisiatif dan program baharu berkaitan pendidikan tinggi negara.

YB Menteri dalam ucapannya telah menggariskan beberapa prinsip dalam usaha menyemak semula RMKe-12 setelah pelaksanaan separuh penggal seperti perbelanjaan yang menyumbang kepada peningkatan kebolehsaingan ekonomi Malaysia, pelaksanaan projek yang memberi impak berganda dalam masa singkat serta perbelanjaan yang berhemah dan sifar pembaziran.

Selain itu, beliau turut menekankan mengenai beberapa keutamaan dalam kajian ini seperti pendigitalan sektor pendidikan tinggi secara menyeluruh, latihan pasca siswazah, menyelenggara dan memulih kelestarian, pembangunan national digital library dan transformasi Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT).

Hadir sama dalam majlis ini ialah YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT, YBhg. Dato' Dr. Megat Ahmad Sany Megat Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT dan YBhg. Datuk Dr. Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan).

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2028
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 27 Mac 2024, 16:20:33.