YB Menteri Terima Kunjung Hormat Majlis Belia Malaysia

YB Menteri Terima Kunjung Hormat Majlis Belia Malaysia

YB. Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah menerima kunjungan hormat daripada Majlis Belia Malaysia (MBM) bertempat di Parlimen pagi tadi.

Delegasi yang diketuai oleh Presidennya iaitu Saudara Mohd Izzat Afifi Hj Abd Hamid turut memperkenalkan barisan Exco MBM kepada YB Menteri.

Dalam pertemuan itu, MBM dan KPT telah membincangkan pelbagai peluang dan kerjasama dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan tinggi sekaligus memperkasa taraf hidup para belia di Malaysia.

Turut hadir Prof. Dato' Dr. Husaini Omar, KPPT, Saudara Khairul Azman Abdul Azeez, Naib Presiden MBM dan Saudara Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2878
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 24 April 2024, 16:08:46.