YB Timbalan Menteri Melawat PTPTN Sabah

YB Timbalan Menteri Melawat PTPTN Sabah

YB Dato' Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi telah mengadakan lawatan kerja ke Pejabat PTPTN Negeri Sabah, di Bangunan UTC Sabah, di sini hari ini.

Pada kesempatan itu, YB Timbalan Menteri turut dibawa melawat kaunter perkhidmatan PTPTN sebelum diberi taklimat oleh YBrs Puan Muliati Kamaruddin, Pengarah PTPTN Sabah mengenai pengoperasian dan hala tuju PTPTN Negeri Sabah.

PTPTN Negeri Sabah pernah beroperasi di Warisan Square, Jalan Tuan Fuad di sini sebelum berpindah ke lokasi sedia ada sejak 15 Oktober 2018.

Selain di Kota Kinabalu, PTPTN Sabah juga mempunyai cawangan di Sandakan yang ditubuhkan pada 26 Oktober 2015 dan di Tawau yang mula beroperasi sejak 13 Januari 2014.

Kredit foto: PTPTN Sabah

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1579
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 18 April 2024, 14:41:25.