YB Timbalan Menteri Rasmi Dialog Mahasiswa ASEAN

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud hadir untuk menyempurnakan sesi Dialog Mahasiswa ASEAN yang berlangsung di Dewan Senat, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Gombak petang tadi.
Majlis yang dihadiri kira-kira 600 orang peserta, termasuk 200 wakil pelajar dari negara-negara ASEAN diadakan bersempena Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.
Program ini dianjurkan secara bersama antara Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dengan kerjasama Regional Islamic Da’wah Council of Southeast Asia and The Pacific (RISEAP), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) dengan sokongan UIAM.
Bertujuan memperkukuh nilai-nilai ASEAN melalui pemahaman dalam kalangan pelajar ASEAN, dialog ini turut menerapkan prinsip seperti saling menghormati dan kehidupan harmoni dalam budaya keamanan dalam komuniti serantau.
Pada majlis yang sama, YB Timbalan Menteri turut menyampaikan sumbangan Bantuan Kasih Ramadan kepada 25 orang pelajar UIAM.
Sumbangan ini diberikan kepada pelajar dalam kategori B40 dan merupakan hasil sumbangan daripada Yayasan Perkasa Siswa (YPS) serta Unit Pengurusan Kebajikan, Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar UIAM.
YB Datuk Ts. Mustapha juga turut menyantuni para pelajar dalam sesi berbuka puasa.
Hadir sama Rektor UIAM, Prof. Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar; Presiden (ABIM), Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, serta wakil-wakil agensi yang terlibat.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 426