YB Timbalan Menteri Santuni Asnaf Pada Majlis Berbuka Puasa Selembut Kasih Ramadan

YB Timbalan Menteri Santuni Asnaf Pada Majlis Berbuka Puasa Selembut Kasih Ramadan

YB Dato’ Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa Selembut Kasih Ramadan bagi meraikan golongan asnaf dan pelajar kurang berkemampuan di Masjid Ar-Raudhah, di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, YB Timbalan Menteri telah menyerahkan Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK) kepada 60 orang pelajar Kolej Komuniti Lahad Datu (KKLD) yang berjumlah RM108,000.

Beliau juga menyampaikan sumbangan daripada PTPTN kepada 31 orang pelajar asnaf yang terdiri daripada murid tahun satu hingga tahun enam yang akan diberikan dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime melibatkan peruntukan sebanyak RM4,650.

Selain itu, turut diraikan ialah 80 orang asnaf fakir miskin yang menerima sumbangan wang ringgit dan bakul makanan daripada KKLD dan OUM Lahad Datu.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1557