YB Timbalan Menteri Serikan World #QuranHour Di UIAM

YB Timbalan Menteri Serikan World #QuranHour Di UIAM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud dan isteri telah menghadiri program World #QuranHour di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tengah hari tadi.

Acara anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) yang dianjurkan bersempena 24 Ramadan 1446H telah mengangkat tema #SavingTheUmmah yang memfokuskan kepada surah al-Saff.

Turut berangkat menyerikan majlis ialah Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj yang juga Ketua Perlembagaan UIAM; isteri kepada YAB Perdana Menteri, YB Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar.

Bacaan al-Quran telah dipimpin oleh Qari jemputan termasuk Syeikh Mu’min Falah dan Ustaz Shukri Ali; manakala sesi tadabbur pula disampaikan oleh tokoh ilmuwan, antaranya Dr. Khairul Husaini dan Ustaz Abdullah Bukhari.

Pada majlis yang sama, Rektor UIAM, Datuk Prof. Emeritus Dr. Osman Bakar telah menyampaikan Pesan Pemimpin, diikuti ikrar oleh wakil pelajar, Amenulrahman Hakimi Rosdi.

Program ini turut disiarkan di 1,370 lokasi di Malaysia dan 25 lokasi di 19 negara, serta disokong oleh pelbagai agensi termasuk JAKIM, UIAM, PPAS, Rasuah Buster, Rumah Ngaji dan badan-badan kerajaan serta NGO.

Sumber gambar : UIAM 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 379
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Selasa 24 Jun 2025, 02:53:17.

logo-sirim