YB Timbalan Menteri Tinjau Sukarelawan MASKUM Jayakan Program Semarak Siswa MADANI 2.0 Di Pulau Pinang

YB Timbalan Menteri Tinjau Sukarelawan MASKUM Jayakan Program Semarak Siswa MADANI 2.0 Di Pulau Pinang

Di Pulau Pinang semalam juga, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud telah menyertai para mahasiswa Universiti Awam (UA) yang sedang menjayakan program Semarak Siswa Madani 2.0 (SSM 2.0) anjuran Majlis Sukaralewan Mahasiswa Malaysia (MASKUM) melibatkan komuniti di sekitar Sungai Bakap.

Destinasi pertama di Kampung Sungai Duri, YB Timbalan Menteri yang disertai oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Dr. Mohammad Abdul Hamid telah menyampaikan bantuan kepada para pelajar yang terdiri dalam kalangan keluarga B40 serta golongan asnaf.

Seterusnya, beliau turut sama menyingsing lengan dengan para pelajar dari Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) untuk bergotong-royong menjalankan kerja-kerja pembersihan di Surau Sungai Baong.

Menghargai inisiatif serta usaha yang dijalankan oleh para sukarelawan MASKUM ini, beliau mengharapkan agar program ini dapat memberi impak yang positif kepada semua yang terlibat, sama ada ahli komuniti mahupun para pelajar. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1356
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 06 Disember 2024, 10:19:49.

logo-sirim