YBM Berbuka Puasa Dengan Warga KPT

YBM Berbuka Puasa Dengan Warga KPT

Seluruh warga KPT amat sukacita apabila dapat berbuka puasa bersama YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi petang semalam.

Majlis yang diadakan di Dewan Za'ba KPT itu turut dimeriahkan dengan kehadiran YB Senator Dato' Dr Ahmad Masrizal Muhammad, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.

Sebelum berbuka, YB Menteri telah menyampaikan sumbangan kepada para pemandu, pembantu operasi, para pelajar IPT serta anak-anak yatim.

Selain itu, para hadirin turut menghayati tazkirah Ramadan yang telah disampaikan oleh Prof Madya Dato' Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim.

Selesai berbuka, warga KPT turut bersama-sana menunaikan solat tarawih berjemaah di Surau 'Ibadurrahman KPT.

Hadir sama YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, KSU KPT, YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, TKSU (Dasar) KPT, dan YBrs. Dr. Mohd Zabri Yusoff, TKSU (Pengurusan dan Pembangunan) KPT serta para naib canselor UA.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 7307
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Selasa 23 April 2024, 10:59:17.