YB. Menteri Pengajian Tinggi dan YBhg. Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menghadiri hari terakhir Webinar Perancangan Strategik (WPS) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Tahun 2021

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah melapangkan masa untuk turut serta bersama-sama dengan YBhg. Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), pengurusan tertinggi dan pegawai-pegawai kanan KPT bagi menghadiri hari terakhir Webinar Perancangan Strategik (WPS) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Tahun 2021.

Fokus wacana pada hari ini adalah pembentangan cadangan program bitara KPT bagi tahun 2021 yang dipecahkan mengikut lapan kumpulan bidang teras iaitu:

  1. TVET;
  2. Kecemerlangan Akademik;
  3. Penyelidikan, Pembangunan, Pengkomersilan dan Inovasi;
  4. Mahasiswa Holistik;
  5. Pengantarabangsaan;
  6. Tadbir Urus;
  7. Kemampanan Kewangan; dan
  8. Pengurusan Bakat. Keseluruhannya lebih 80 program telah berjaya dirangka dalam sesi WPS ini dan akan diperincikan dalam bentuk Pelan Tindakan Program Bitara KPT 2021.
  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 9072
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 27 Mac 2024, 16:20:33.