YBM dan YBTM Hadiri Sidang Dewan Rakyat di Parlimen

YBM dan YBTM Hadiri Sidang Dewan Rakyat di Parlimen

YB Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi dan YB Dato’ Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi hari ini telah menghadiri Dewan Rakyat yang bersidang buat pertama kalinya selepas negara melalui tempoh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November lalu dan seterusnya menyaksikan pembentukan kerajaan baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 yang akan berlangsung selama dua hari itu, turut menyaksikan pemilihan Yang Dipertua Dewan Rakyat baharu, Ahli-ahli Dewan Rakyat yang menang pada PRU15 mengangkat sumpah dan pemilihan Timbalan-Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1768
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:56:01.