YBM Dan YBTM Serikan Rumah Terbuka Sri Satria

YBM Dan YBTM Serikan Rumah Terbuka Sri Satria

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin serta Timbalannya, YB Dato' Haji Mohammad Yusof Apdal telah menghadiri majlis Sambutan Aidilfitri anjuran Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan isteri petang tadi.

Majlis yang diadakan di kediaman rasmi TPM di Sri Satria itu turut diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim bersama isteri.

Majlis juga turut dihadiri oleh anggota Jemaah Menteri bersama dif-dif kehormat yang lain.

Seterusnya, majlis rumah terbuka Sri Satria itu turut meriah apabila dikunjungi rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama, menikmati pelbagai juadah yang disediakan sambil mengambil peluang untuk beramah mesra dengan YAB TPM dan isteri.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1443
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:56:01.