YBM Hadir Prapelancaran UCSI University Bangladesh

YBM Hadir Prapelancaran UCSI University Bangladesh

YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi telah menyempurnakan majlis prapelancaran kampus UCSI University Bangladesh di ibu negara pagi tadi.

Majlis telah turut diserikan dengan keberangkatan tiba YAM Tunku Zain Al-'Abidin ibni Tuanku Mukhriz, Pro-Canselor UCSI University.

Universiti tersebut bakal melebarkan sayap dengan pengoperasian kampus antarabangsanya yang pertama di Bangladesh pada Mei nanti, hasil kerjasama dengan Insight Institute of Learning Bangladesh.

Dalam ucapannya, YB Menteri mengalu-alukan inisiatif oleh UCSI University yang dilihat selari dengan pelan pengantarabangsaan pendidikan tinggi KPT.

Beliau turut menyeru IPTS lain untuk mengambil langkah sama kerana kualiti pendidikan tinggi negara yang sinonim dengan kualiti pengajaran dan pembelajaran terbaik layak untuk dipasarkan di peringkat global.

Hadir sama YBhg. Dato' Prof. Dr. Husaini Omar, KPPT, YBhg. Dato' Peter Ng, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan UCSI, serta YBhg. Datuk Prof. Dr. Siti Hamisah Tapsir, Naib Canselor UCSI University.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2080
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 29 Mac 2024, 08:50:00.