YBM Hadiri Majlis Pelancaran Dasar Tenaga Negara 2022-2040

YBM Hadiri Majlis Pelancaran Dasar Tenaga Negara 2022-2040

YB. Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah menghadiri majlis pelancaran Dasar Tenaga Negara 2022-2040 (DTN) anjuran Unit Perancang Ekonomi yang disempurnakan oleh YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri di Putrajaya petang tadi.

DTN diperkenalkan bagi menyediakan sebuah pelan perancangan untuk membantu negara mendepani pelbagai cabaran masa kini dan hadapan dalam memastikan rakyat menerima bekalan tenaga pada harga yang rendah sambil komited menjaga kemampanan alam sekitar.

Malah, DTN merupakan tekad Kerajaan untuk menyediakan peluang pekerjaan baharu dan menjadikan sektor tenaga sebagai pemangkin utama kemampanan sosioekonomi serta menggalakkan daya saing dan inovasi dalam industri serta merancakkan pertumbuhan ekonomi negara.

PM turut mengumumkan Aspirasi Rendah Karbon 2040 di bawah DTN yang mengandungi sembilan sasaran terpilih untuk dicapai pada tahun 2040 yang dijangka apabila dilaksanakan secara holistik dapat meningkatkan purata KDNK sebanyak RM13 bilion setahun dan mewujudkan lebih 207,000 peluang pekerjaan baharu.

Selain itu, penubuhan Majlis Tenaga Negara yang akan dipengerusikan oleh PM memastikan inisiatif DTN dapat dilaksanakan secara berkesan oleh kementerian dan agensi bertanggungjawab berdasarkan akauntabiliti dan peranan masing-masing.

Turut hadir YB Dato' Sri Mustapha Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), serta YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 3041