YBM Hitung Detik Kemerdekaan Bersama Warga Kota

YBM Hitung Detik Kemerdekaan Bersama Warga Kota

YB. Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi bersama-sama YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri telah meraikan sambutan Ambang Kemerdekaan 2022 di Putrajaya tengah malam tadi.
Majlis yang dihoskan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan bersempena penganjuran Pesta Floria Putrajaya 2022 itu dihadiri oleh ribuan warga kota yang telah dihiburkan dengan persembahan kebudayaan dan nyanyian patriotik daripada artis-artis ternama negara.
Kegamatan sambutan diteruskan apabila YAB Perdana Menteri telah mengetuai acara hitung detik kemerdekaan bersama-sama para hadirin dan barisan Menteri Kabinet yang hadir.
Kemuncaknya, langit Putrajaya meriah dihiasi cahaya warna-warni persembahan bunga api dan laungan "Merdeka!" sebanyak 7 kali sebagai tanda simbolik meraikan tarikh keramat 31 Ogos.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2982
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:56:01.