#ZiarahPrihatin : YB Menteri Pengajian Tinggi ke keluarga mangsa tragedi banjir pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang

YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi hari ini meneruskan sesi #ZiarahPrihatin dengan menziarah keluarga Allahyarhamah Nur Zakirah Ahmad Husin di Kuala Lipis, Pahang. Allahyarhamah Nur Zakirah merupakan korban banjir di Kampung Bertang, Sungai Koyan yang mana turut mengorbankan ibu beliau. Allahyarhamah merupakan pelajar jurusan Diploma Industri Perkayuan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang. YB Menteri telah menyampaikan sumbangan dari Tabung Amanah Kecemasan Pelajar UiTM, Tabung Zakat UiTM dan skim Perlindungan Takaful SSPN.

#ZiarahPrihatin

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 6425
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 29 Mac 2024, 08:50:00.