#ZiarahPrihatin : YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi menziarahi keluarga Allahyarham Ahmad Zaidi Ahmad Zamri

Hari ini YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah menziarahi keluarga Allahyarham Ahmad Zaidi Ahmad Zamri, pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang meninggal dunia baru-baru ini. Arwah merupakan pelajar tahun keempat dalam jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan Automotif Islam meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan jalanraya pada 25 Januari lalu. Dalam pertemuan tersebut, YB menteri telah menyampaikan bantuan daripada pihak UIAM, Takaful dan peribadi. Turut hadir YBhg Prof Dato' Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dan Prof. Madya Zulkifli Hasan, Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Libatsama Masyarakat), UIAM.

#ZiarahPrihatin

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 7097
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:56:01.