YBM Lawat School of Oriental & African (SOAS), University of London

YBM Lawat School of Oriental & African (SOAS), University of London

Hari ini, YB Menteri telah melawat SOAS, di University of London bagi membincangkan penubuhan Kursi Pengajian Melayu di institusi tersebut.

Cadangan penubuhan kursi ini disasarkan untuk menjadi pusat kajian dan penyebaran pengajian Melayu bukan sahaja di UK malah di benua Eropah.

SOAS University of London ialah institusi pengajian tinggi terkemuka di Eropah yang mengkhusus dalam kajian Asia, Afrika dan Timur Tengah.

Program-program yang ditawarkan diselia oleh ahli-ahli akademik tersohor yang terlibat dalam kerja lapangan dan penyelidikan yang telah banyak mempengaruhi dasar kerajaan dan kehidupan masyarakat di seluruh dunia.

Hadir sama ialah TKSU (Pengurusan dan Pembangunan), KPPT, dan Naib Canselor UniSZA.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 3274
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 18 April 2024, 14:41:25.