YBM Melawat Hospitality Lab

Dalam rangka lawatan ke LTA@KKLK hari ini, YB Menteri telah dibawa melawat Hospitality Lab yang direka khas berkonsepkan operasi sebenar industri hotel mengikut standard industri perhotelan semasa.

Hospitality Lab ini merupakan blok yang terdiri daripada gabungan bilik latihan dan simulasi bagi bidang hospitaliti dan pelancongan.

Ia digunakan bukan sahaja untuk kegunaan proses pengajaran dan pembelajaran malah turut digunakan dalam penganjuran kursus pendek dan latihan khas kepada komuniti dan organisasi melalui program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH).

Selain itu, YB Menteri turut berkesempatan menyempurnakan upacara Pecah Tanah Pembinaan Bangunan Asrama Pelajar, Kafeteria dan kemudahan-kemudahan lain di LTA@KKLK.

Projek ini dibangunkan dengan menggunakan konsep penginapan yang lebih santai dan moden bagi membolehkan pelajar tinggal di dalam kampus dengan keadaan yang lebih selesa.

Pembinaan ini selaras dengan visi yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pelancongan Langkawi untuk menjadikan LTA@KKLK sebagai sebuah pusat pengajian tinggi bertaraf dunia, yang bukan sahaja menawarkan program pengajian pelancongan yang berkualiti tinggi tetapi juga memiliki prasarana yang lengkap serta kondusif untuk pembelajaran dan pengajaran.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 4278
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 25 April 2024, 11:52:58.