YBM Melawat ke Kampus Induk Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi bersama YAB Dato’ Haji Hasni Mohammad, Menteri Besar Johor hari ini mengadakan lawatan ke kampus induk Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bagi meluangkan masa beramah mesra dengan 100 mahasiswa UTHM secara bersemuka.

Dalam majlis yang sama, turut diadakan penyerahan bantuan kepada pelajar bekeperluan dari pihak Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) serta penyerahan sumbangan kepada Persatuan Mahasiswa Batu Pahat.

Turut hadir YB Dato' Haji Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha KPT, Dr Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, Prof. Dato Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dan Prof. Datuk Ts. Dr. Wahid Razzaly, Naib Canselor UTHM.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5488
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 25 April 2024, 11:52:58.