Lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara yang dibuka di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan UiTM

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi meluangkan masa untuk melihat sendiri keadaan Pusat Pemindahan Sementara yang dibuka di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan UiTM.

Pembukaan Pusat Pemindahan Sementara itu selaras dengan aspirasi #KPTPrihatin dan kami di KPT sentiasa bersedia untuk bersama-sama membantu Keluarga Malaysia yang sedang terkesan ketika ini.

YB Menteri juga bersama-sama Pasukan Penyelamat UiTM ke Padang Jawa untuk membantu mangsa yang terperangkap di rumah masing-masing.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5418
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 24 April 2024, 16:08:46.