YBM Mempengerusi Mesyuarat Konsortium Universiti UK-Malaysia

YBM Mempengerusi Mesyuarat Konsortium Universiti UK-Malaysia

YB Menteri turut berkesempatan mempengerusikan perbincangan dengan wakil-wakil universiti di UK ketika lawatannya ke Universiti Surrey (UoS) semalam.

Konsortium Universiti UK-Malaysia dianggotai 16 universiti terkemuka di UK dan 20 universiti awam Malaysia.

Matlamat penubuhan konsortium itu adalah untuk menggalakkan persefahaman bersama pada skala global melalui kerjasama dalam pengajaran, penyelidikan dan pertukaran pengetahuan antara UK dan Malaysia.

Dalam pertemuan itu, YB Menteri berharap konsortium ini akan mewujudkan perkongsian baharu dan mampan yang membawa manfaat strategik jangka panjang kepada Malaysia.

Melalui konsortium ini katanya, kerjasama pendidikan tinggi kita akan terus diperkukuh, dan ia juga akan memberi rangsangan yang kuat kepada hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2918
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 18 April 2024, 14:41:25.