YBM menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir

DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir hari ini berkenan menerima menghadap YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi di Istana Negeri Sembilan.

Baginda yang juga merupakan Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia diberi sembah taklimat berkenaan perkembangan status terkini pendidikan tinggi negara dan pengoperasian semula IPT.

Turut hadir YBhg. Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dan YBhg. Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd. Ekhwan Hj. Toriman, Naib Canselor UKM.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 4714
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 24 April 2024, 16:08:46.