YBM Menyempurnakan Pelepasan Varsity Challenge 2022

YBM Menyempurnakan Pelepasan Varsity Challenge 2022

26 MAC 2022 | PARIT SULONG

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi pagi tadi telah menyempurnakan pelepasan Varsity Cycling Challenge 2022 di Dewan Sri Medan, Parit Sulong.

Perlumbaan melibatkan jarak sejauh 113.7 kilometer dengan 11 kategori dipertandingkan telah menarik penyertaan terdiri daripada warga IPT serta peminat lumba basikal profesional seluruh negara.

Hadir sama Dr. Mohd Zabri Yusoff, TKSU (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, YBhg. Prof. Ts. Dr. Massila Kamalrudin, Naib Canselor UTeM, dan Dr. Pekan Ramli, Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Sukan, KPT.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 7413
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 27 Mac 2024, 16:20:33.