KPT - YBM merasmikan Majlis Sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan Peringkat Kementerian Pengajian Tinggi dan Penganugerahan Tokoh Akademik Bahasa Melayu 2021 di Dewan Za’ba Kementerian Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Hebahan
  • Sorotan Aktiviti
  • YBM merasmikan Majlis Sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan Peringkat Kementerian Pengajian Tinggi dan Penganugerahan Tokoh Akademik Bahasa Melayu 2021 di Dewan Za’ba Kementerian Pengajian Tinggi

YBM merasmikan Majlis Sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan Peringkat Kementerian Pengajian Tinggi dan Penganugerahan Tokoh Akademik Bahasa Melayu 2021 di Dewan Za’ba Kementerian Pengajian Tinggi

YB Datuk Seri Dr.Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah merasmikan Majlis Sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan Peringkat Kementerian Pengajian Tinggi dan Penganugerahan Tokoh Akademik Bahasa Melayu 2021 di Dewan Za’ba Kementerian Pengajian Tinggi pada hari ini.

Anugerah ini merupakan satu daripada usaha untuk mengiktiraf ahli akademik di IPT yang telah memperlihatkan dampak penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

Sejak penganjurannya pada tahun 2012, seramai tujuh penerima anugerah telah dinobatkan sebagai Tokoh Akademik Bahasa Melayu. Tokoh-tokoh ini terdiri daripada ahli-ahli akademik di IPT dengan pelbagai latar belakang bidang kepakaran.

Sebagai menggalakkan keterlibatan ahli akademik dalam memartabatkan bahasa Melayu, dua kategori baharu telah diperkenalkan pada tahun 2020; iaitu Anugerah Tokoh Harapan Akademik Bahasa Melayu dan Anugerah Tokoh Bahasa Melayu Sektor Teknikal.

Dalam majlis ini, Prof. Dr. Zafir Khan bin Mohamed Makhbul, Dekan UKM-Graduate School of Business Universiti Kebangsaan Malaysia telah dianugerahkan sebagai Tokoh Akademik Bahasa Melayu dan Ts. Nur Ismalina Haris, Pensyarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dianugerahkan sebagai Tokoh Bahasa Melayu Sektor Teknikal.

Turut hadir ke majlis pelancaran tersebut ialah Dr. Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, Prof. Dato’ Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, dan Ts. Zainab Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dan Datuk Seri Prof Dr. Awang Sariyan, Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 558
Logo KPT
Portal Rasmi Kementerian Pengajian Tinggi © Hak Cipta Terpelihara
Kemaskini terakhir: Isnin 17 Januari 2022, 14:10:39.