YBM rasmi Majlis Tandatangan MoU antara Universiti Teknologi MARA dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

YB. Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) bertempat di Anjung Seri Budiman, UiTM Shah Alam pagi tadi.

Memorandum Persefahaman tersebut telah ditandatangani oleh YBhg. Prof Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor UiTM dan YBhg. Dato' Indera Ikmalrudin Ishak, Setiausaha SPR.

MoU tersebut menyaksikan UiTM menjadi perintis kepada Program Kesedaran Pendidikan Pengundi kelolaan KPT bagi mendokong pelaksanaan UNDI 18 oleh kerajaan tempohari.

Dalam konteks pengajian tinggi, apabila UNDI18 ini dilaksanakan, seramai 452,559 orang pelajar dengan 38 peratus daripada 1.2 juta pelajar IPT, merupakan pelajar yang berumur antara 18 hingga 20 tahun.

YB. Menteri turut berkesempatan melancarkan buku Laporan Kajian Pembentukan DNA UiTM hasil kajian sepasukan penyelidik daripada UiTM yang diketuai oleh Prof. Dr. Amer Shakir Zainol.

Turut sama dalam majlis tersebut ialah YBhg. Datuk Abdul Ghani Salleh, Pengerusi SPR, YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT, Prof. Dr. Mohd. Sazili Sahibi, Timbalan Naib Canselor (HEP) UiTM, dan En. Hasanul Isyraf Naim, Pengarah Akademi Pilihan Raya SPR.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 6349
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 27 Mac 2024, 16:20:33.