YBM Menyampaikan Sumbangan Zakat Pelajar PTPTN di Sri Medan, Parit Sulong

YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah menyampaikan sumbangan zakat pelajar anjuran PTPTN di Kompleks Penghulu Mukim 18, Seri Medan petang tadi.

Seramai 227 orang pelajar asnaf tersebut akan menerima RM200 dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime yang bakal memberi manfaat dan kemudahan apabila melanjutkan pengajian ke menara gading kelak.

Beliau berkata usaha PTPTN ini merupakan salah satu aspirasi #KPTPrihatin yang ingin membantu anak-anak Keluarga Malaysia dari golongan B40 yang berpotensi untuk menggapai impian mereka ke menara gading.

Beliau berharap agar para ibu bapa menyedari kepentingan menabung di SSPN bagi mendapatkan perancangan kewangan berfokuskan pendidikan tinggi yang turut menawarkan pelbagai insentif menarik kepada para pendeposit.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5073
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 29 Mac 2024, 08:50:00.