YBM Serah Surat Lantikan TNC (P & I) UTHM & TNC (HEPA) UNIMAS

YBM Serah Surat Lantikan TNC (P & I) UTHM & TNC (HEPA) UNIMAS

YB. Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi telah menyerahkan surat lantikan kepada YBhg. Prof. Dr. Rabiah Ahmad sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang baharu di pejabatnya pagi tadi.

Berkelulusan Ijazah Kedoktoran dalam 'Health Informatics' dari University of Sheffield dan Ijazah Sarjana dalam 'Information Security' dari Royal Holloway University of London, United Kingdom, YBhg. Prof. Dr. Rabiah pernah menyandang jawatan sebagai Dekan, Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Pengarah, Pusat Pengurusan Strategik, Kualiti dan Risiko di UTeM.

Seterusnya, YB Menteri Pendidikan Tinggi juga telah menyerahkan surat lantikan kepada YBhg. Prof. Ir. Ts. Dr. Al-Khalid Haji Othman sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang baharu.

Memiliki latar belakang Ijazah Kedoktoran dalam bidang Engineering (Underwater Acoustic Network) dari University of Newcastle, United Kingdom, beliau telah memulakan karier di UNIMAS dari tahun 1998 dan pernah dilantik sebagai Dekan Fakulti Kejuruteraan UNIMAS.

Kedua-dua lantikan berkuatkuasa 1 Mac 2023. Turut sama menyaksikan serahan surat tersebut ialah YBrs. Encik Rizal Adnan, Timbalan Ketua Pendidikan Tinggi (Penyelidikan dan Antarabangsa), Jabatan Pengajian Tinggi (JPT).

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 3677
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 17 April 2024, 19:21:18.