YBM Serah Surat Pengiktirafan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM)

YBM Serah Surat Pengiktirafan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM)

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah ke Ipoh bagi menyertai Jelajah KPT Prihatin Keluarga Malaysia: Edisi Keusahawanan petang tadi

Majlis petang tadi telah diserikan dengan kehadiran YAB Dato' Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak serta YB. Tan Sri Haji Noh Omar, Menteri Keusahawanan dan Pembangunan Koperasi Malaysia (KUSKOP).

Dalam majlis tersebut, YB. Datuk Seri Dr. Noraini telah turut menyampaikan surat pengiktirafan bagi penubuhan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKMM) kepada Menteri KUSKOP.

Program KPKM: Edisi Keusahawanan ini telah dijayakan dengan kerjasama KUSKOP dan telah menjelajah ke lima buah lokasi iaitu WP Putrajaya, Johor, Kelantan, Kedah dan Perak bagi mempromosikan inisiatif-inisiatif berkaitan keusahawanan kepada warga belia dan para pelajar IPT.

Pada majlis yang sama, YB Menteri Pengajian Tinggi turut menyampaikan sumbangan kepada para pelajar IPT serta berbuka puasa bersama-sama para jemputan yang hadir.

Turut hadir para EXCO Kerajaan Negeri Perak serta pegawai pengurusan tertinggi dari kedua-dua kementerian.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 4992
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 18 April 2024, 14:41:25.