YBM telah mengadakan lawatan ke kediaman beberapa orang pelajar UMK yang terjejas akibat banjir di Kelantan

29 Disember 2021

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi hari ini telah mengadakan lawatan ke kediaman beberapa orang pelajar UMK yang terjejas akibat banjir di Kelantan.

Lawatan ini merupakan antara inisiatif Program Khidmat Komuniti KPT Prihatin untuk memantau, menyelia dan membantu pelajar-pelajar yang terkesan akibat banjir.

Pelajar-pelajar tersebut Nurul Izzaty Pead dan Izzati Mohd Asri, masing-masing tinggal di Pasir Mas dan Rantau Panjang telah diberi bantuan berupa komputer riba, wang tunai dan barang-barang keperluan harian.

Program Khidmat Komuniti KPT Prihatin diteruskan dengan lawatan YB Menteri bersama sukarelawan pelajar UMK dan Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) di Kampung Gual Tok Deh untuk bergotong-royong membersihkan kawasan perumahan kediaman penduduk setempat.

Turut menyertai misi di Kelantan pada hari ini ialah Prof Dato Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dan Prof. Dr. Nik Maheran Nik Muhammad, menjalankan fungsi Naib Canselor UMK.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 4363
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 25 April 2024, 18:19:27.