YBM Terima Taklimat Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT)
YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi telah menerima taklimat pengoperasian dan hala tuju Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) di pejabatnya pagi tadi.
Taklimat yang telah disampaikan oleh Pengarahnya, YBhg. Dato' Prof. Dr. Nasrudin Mohammed itu turut membincangkan hala tuju dan cabaran yang dihadapi oleh AKEPT semenjak 15 tahun penubuhannya.
Selain itu, pembentangan pagi tadi turut menggariskan pelan strategik serta inisiatif yang telah dirangka dalam memperkasakan AKEPT.
Turut sama YBhg. Prof. Dato' Husaini Omar, KPPT, YBrs. Dr. Wan Baharudin Wan Mahmood, SUB, Bahagian Dasar dan Penyelidikan KPT serta pengurusan tertinggi AKEPT.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 3111