YBM Terima Taklimat Jabatan Pendidikan Tinggi

YBM Terima Taklimat Jabatan Pendidikan Tinggi

Petang tadi turut berlangsungnya pertemuan antara YB Menteri dengan Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT).

Diketuai oleh YBhg. Dato' Prof. Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah JPT, YBM telah diberi taklimat mengenai perancangan serta program baharu yang akan diperkenalkan oleh jabatan dalam rencana memperkasakan sektor pendidikan tinggi negara dan mahasiswanya.

Selain itu, JPT turut membentangkan berkenaan isu-isu semasa berkaitan pelajar dan Universiti Awam untuk diberi perhatian serta tindakan oleh kementerian.

Hadir sama YBrs. Encik Rizal Adnan, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Penyelidikan dan Antarabangsa) serta pengarah-pengarah bahagian JPT.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2951
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Selasa 23 April 2024, 10:59:17.