YBM Tinjau Kemusnahan Akibat Ribut Di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam

Usai program #KPTPrihatin di Terengganu siang tadi, YB. Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad terus ke Shah Alam untuk meninjau keadaan di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) yang terkesan akibat ribut kuat petang semalam.

Dalam kunjungan tersebut, Dr. Mohd. Zahari Ismail, Pengarah PSA telah memberikan taklimat kepada YB. Menteri berkenaan situasi dan kerosakan yang dialami oleh PSA.

Setelah melawat semua kawasan yang terjejas, YB. Menteri merakamkan kesyukuran kerana kemusnahan hanya melibatkan harta benda sahaja dan tidak mencederakan warga PSA.

Turut sama dalam lawatan tersebut ialah Ts. Zainab Ahmad, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr. Mohd Suzeren Md. Jamil, Pengarah Bahagian Mahasiswa Holistik JPT serta Encik Abdul Razak Sabtu, Pengarah Bahagian Governan dan Kecemerlangan JPPKK.

 
  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 6460
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 27 Mac 2024, 16:20:33.