YBTM Adakan Pertemuan Bersama PTPTN

YBTM Adakan Pertemuan Bersama PTPTN

Hari ni YB Dato' Mohammad Yusof Haji Apdal, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi telah mengadakan lawatan kerja ke Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi memperhalusi pengoperasiannya secara menyeluruh.

Taklimat telah disampaikan oleh Ketua Eksekutifnya, YBrs. Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid bersama pengurusan tertinggi PTPTN dalam membincangkan peranan serta cabaran yang dihadapi oleh PTPTN semenjak 25 tahun penubuhannya.

KPT sentiasa komited untuk memastikan PTPTN akan terus diperkasa bagi mendukung agenda pendidikan tinggi negara dalam melahirkan golongan cerdik pandai sekali gus menjadi aset penting kepada negara.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1799
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:56:01.