YBTM Hadiri Majlis Raya-Kaamatan UMS 2023

YBTM Hadiri Majlis Raya-Kaamatan UMS 2023

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang disekalikan dengan sambutan Pesta Kaamatan memperlihatkan keharmonian yang terjalin di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Negeri Sabah.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Haji Mohammad Yusof Apdal mengambil kesempatan untuk hadir bagi meraikan sambutan Raya-Kaamatan UMS pada kali ini bersama-sama para pelajar, warga serta rakan-rakan industri UMS.

Majlis ini merupakan batu loncatan untuk merapatkan lagi hubungan dan mewujudkan permuafakatan yang lebih utuh.

Perbezaan agama, budaya dan etnik memberikan kita kelebihan untuk terbuka dalam memberi dan menerima pandangan, bertolak ansur, berhemah serta saling faham memahami.

Turur hadir pada majlis ini Naib Canselor UMS, YBhg. Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor serta ahli-ahli Lembaga Pengarah Universiti.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1588
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 29 Mac 2024, 08:50:00.