YBTM Hadiri Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani Terengganu Di UniSZA

YBTM Hadiri Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani Terengganu Di UniSZA

Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani Terengganu yang diadakan di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) semalam telah diserikan dengan kehadiran YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Haji Mohammad Yusof Apdal dan isteri, bersama Naib Canselor UniSZA, YBhg. Prof. Dr. Fadzli Adam serta Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), YBhg. Dato' Prof. Dr. Mazlan Abd Ghaffar telah turut sama menyambut ketibaan pemimpin nombor satu negara itu.

Dalam majlis tersebut, YAB Perdana Menteri bersama para pemimpin negara dan negeri telah meluangkan masa untuk menyantuni orang ramai yang hadir.

Masyarakat Terengganu yang datang bersama rakan taulan dan ahli keluarga turut menikmati sajian pelbagai juadah tradisional yang enak dan lazat bertemakan Aidilfitri yang telah disediakan.

Kredit foto: UniSZA

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1543
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:56:01.