YBTM Lawat Hospital Pengajar UniSZA

YBTM Lawat Hospital Pengajar UniSZA

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Haji Mohammad Yusof Apdal semalam berkesempatan membuat lawatan kerja ke Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (HPU UniSZA) sempena kehadiran beliau ke majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani edisi Terengganu yang diadakan di universiti tersebut malam tadi.

Beliau telah disambut oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UniSZA, YBhg. Prof. Dr. Zuhairah Ariff Abd. Ghadas serta Timbalan Naib Canselor UniSZA (Hal Ehwal dan Alumni), YBhg. Prof. Madya Dato' Ts. Dr. Mohd Hafiz Yusoff @ Che Abdullah sebelum dibawa melawat ke sekitar HPU tersebut, antaranya Jabatan Farmasi, Jabatan Perubatan Pengimejan Perubatan serta Klinik Am (GMC)

Sepanjang kunjungan tersebut, YB Timbalan Menteri telah diberi taklimat dan penerangan mengenai pembangunan dan operasi HPU UniSZA dari Pengarahnya, YBhg. Prof. Dato' Dr Ahmad Zubaidi A. Latif.

YB Timbalan Menteri berharap kunjungan itu dapat membina uhkhuwah antara pejabat YB Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi dengan barisan pengurusan tertinggi UniSZA serta semua warganya, sekali gus turut teraspirasi dalam mencapai kecemerlangan pendidikan tinggi di peringkat global.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1540
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 29 Mac 2024, 08:50:00.