Ziara dan sumbangan kepada pelajar B40 oleh YB Menteri Pengajian Tinggi dan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Hari ini YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi bersama Prof Dato' Ts Dr Mohd Ekhwan Toriman, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia telah menziarah salah seorang pelajar B40 iaitu adik Nur Alya Sofina, pelajar tahun satu daripada Fakulti Sains Teknologi, UKM. Dalam ziarah ini, YB Menteri telah menyampaikan sumbangan berserta dengan tablet daripada UKM. Sumbangan tersebut diharap dapat memudahkan Alya menjalani pembelajaran secara atas talian dalam keadaan yang lebih kondusif.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 6567
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 25 April 2024, 08:27:18.