Perutusan YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad Menteri Pengajian Tinggi Sempena Majlis Pelancaran Konsortium Sumber Elektronik Pendidikan Tinggi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Hadirin dan hadirat sekalian,

  1. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita dapat bersama-sama pada pagi ini untuk meraikan penubuhan Konsortium Sumber Elektronik Pendidikan Tinggi yang pertama di Malaysia.

  2. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada Pusat Sitasi dan Informetrik (PSI), Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) selaku urus setia program ini kerana walaupun kita berada dalam kekangan disebabkan pandemik, namun segala usaha dalam merencana dan mengatur majlis pada hari ini dapat berjalan dengan baik sekali.

  3. Saya juga berbesar hati kerana pada majlis ini juga turut menyaksikan kehadiran barisan kepemimpinan Universiti Awam (UA), yang akan bersama-sama membangunkan Sumber Elektronik Pendidikan Tinggi demi manfaat warga universiti khususnya pelajar dan

Hadirin dan hadirat sekalian,

  1. Sektor pendidikan adalah antara sektor yang amat terkesan dengan pandemik COVID-19 yang melanda. UNESCO pada Mei 2020 melaporkan penutupan institusi pendidikan kerana COVID-19 telah memberikan kesan kepada lebih 1 bilion pelajar di 186 negara. Walau bagaimanapun, data pada 30 Mac 2021 menunjukkan jumlah tersebut telah berkurangan kepada lebih kurang 148 juta pelajar di 33 buah negara.

  2. Dalam landskap pendidikan tinggi di Malaysia, penutupan institusi telah memberikan kesan kepada 20 UA, 435 IPTS, 36 politeknik dan 104 kolej komuniti di seluruh negara melibatkan jumlah pelajar lebih 2 juta orang. Namun tempoh krisis dan pemulihan yang berpanjangan menuntut pihak Kementerian dan juga IPT mencari alternatif terbaik bagi memastikan kelestarian pelbagai aspek dalam sektor pendidikan tinggi terutamanya berkaitan dengan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).

  3. Kaedah yang paling berkesan bagi memastikan kelangsungan pendidikan dan mengekalkan akses pelajar kepada pembelajaran adalah secara dalam talian.

  4. Cabaran utama adalah untuk memastikan semua pelajar IPT dapat menjalani sesi PdP dengan baik walau di mana sahaja mereka berada. Dalam hal ini, KPT perlu menjayakan aspek ekuiti untuk semua pelajar bagi mendapat hak pendidikan yang setara tanpa jurang antara bandar mahupun luar bandar.

  5. Salah satu aspek yang menjadi cabaran adalah infrastruktur dan infostruktur ICT sedia Masalah capaian internet, pelan data tidak mampu milik, persekitaran yang tidak kondusif dan juga isu pemilikan peranti seperti komputer riba, telefon pintar, tablet dan komputer peribadi menjadi penghalang aktiviti PdP dalam talian.

  6. Beberapa inisiatif sedang dijalankan bagi mengatasi kekangan yang Kita sedang dalam perancangan untuk menaik taraf MYREN daripada 500Mbps hingga 20 Gbps bagi IPTA dalam RMK-12. Selain daripada itu, kita juga memberikan Bantuan Pelan Data dan Peranti terutamanya bagi pelajar daripada latar belakang keluarga B40. Ini termasuklah Bantuan RM50 Secara One-off kepada 76,153 pelajar baharu Sesi Akademik 2020/2021 yang melibatkan peruntukan sebanyak RM3.8 juta; Bantuan Pelan Data B40 dengan peruntukan sebanyak RM24 juta yang memanfaatkan 320,396 pelajar; dan Bantuan Peranti B40 bersasar yang melibatkan peruntukan sebanyak RM13 juta kepada 8,965 pelajar.

  7. Bantuan-bantuan ini disediakan untuk membolehkan pelajar mengikuti aktiviti PdP secara dalam talian dan mereka juga boleh mendapatkan bahan rujukan melalui perkhidmatan perpustakaan dalam talian sama ada dari dalam kampus ataupun dari rumah masing-masing.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

  1. Universiti telah menyediakan sumber maklumat ilmiah untuk tujuan PdP di institusi masing-masing yang terdiri daripada bahan bercetak dan juga bahan tidak bercetak termasuklah bahan dalam format elektronik. Sehingga kini, terdapat lebih 19 juta bahan bercetak dan 45.7 juta bahan tidak bercetak termasuklah bahan elektronik untuk kegunaan warga kampus dan kumpulan penyelidik masing- masing.

  2. Setiap tahun, perpustakaan UA telah membelanjakan sehingga 90 peratus bajet pembangunan koleksi Perbelanjaan ini adalah untuk melanggan dan memperoleh sumber maklumat ilmiah dalam format elektronik yang boleh diakses secara dalam talian pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

  3. Pada tahun 2018, 20 buah UA telah membelanjakan sebanyak RM69 juta bagi menyediakan akses kepada 475 pangkalan data maklumat tempatan dan antarabangsa yang diperlukan oleh komuniti pendidikan Peruntukan ini kemudian meningkat 4.35 peratus pada tahun 2020 iaitu sebanyak RM72 juta dengan 433 judul pangkalan data maklumat.

  4. Senario ini menunjukkan komitmen berterusan UA dalam menyediakan prasarana maklumat berkualiti dan berdaya saing untuk kelestarian ekosistem pendidikan tinggi, serta menjadi hab pendidikan tinggi di rantau ini. Perkhidmatan ini telah memanfaatkan ramai pelajar, staf akademik dan penyelidik dalam tempoh pandemik COVID- 19. Sepanjang tahun 2020, lebih 12.6 juta muat turun dan rujukan    teks    penuh    telah    dilakukan   oleh    komuniti pendidikan tinggi.

  5. Seperti yang kita sedia maklum, setiap universiti mempunyai kekuatan koleksi rujukan yang unik berasaskan bidang tujahan masing-masing.

  6. Perkongsian sumber maklumat ilmiah antara UA telah dijayakan melalui pelbagai pelantar perkongsian sumber termasuklah Malaysian University Libraries & National Library Network atau singkatannya MyUniNet; Malaysian Theses Online (MyTO); Malaysian Academic Library Repositories (MALRep); dan Malaysian Academic Library Catalogue (MALCat). Kesemua pelantar ini menyediakan “seamless and integrated digital access” kepada bahan ilmiah UA seperti artikel jurnal, kertas kerja persidangan, buku elektronik (ebooks) dan tesis pelajar.

  7. Sehingga 2020, pelantar ini telah memberikan manfaat kepada pengguna khususnya lebih 500,000 orang warga IPT dan orang awam dengan lebih 4 juta dokumen telah dimuat turun. Malahan, sumber ilmiah Malaysia juga dirujuk oleh lebih daripada 145,360 pengguna antarabangsa. Secara tidak langsung, statistik capaian ini menggambarkan Malaysia telah menjadi salah satu pusat rujukan maklumat ilmiah oleh komuniti global.

  8. Rangkaian sumber maklumat tempatan yang dibangunkan oleh Perpustakaan UA di Malaysia kini menjadi hab mengumpul, memelihara dan menawarkan akses kepada sumber maklumat ilmiah mengenai Malaysia dan terbitan dihasilkan oleh penyelidik serta karyawan Malaysia.

  9. Hab maklumat ilmiah Malaysia ini memperkayakan rangkaian sumber maklumat ilmiah global yang dibangunkan oleh IPT di seluruh dunia. Sehingga Disember 2020, terdapat 25 sistem repositori digital yang dibangunkan oleh Perpustakaan Akademik di Malaysia telah disenaraikan dalam pelantar Directory of Open Access Repositories (OpenDOAR) yang berpangkalan di United Kingdom.

  10. Selain itu, kandungan sumber maklumat dari Malaysia juga telah diindeks oleh pelbagai pemberi perkhidmatan termasuklah CORE; OCLC OAISter; Google Scholar; Bielefeld Academic Search Engine (BASE); dan Keterlihatan (visibility) karya ilmiah tempatan akan meningkat dan kepakaran tempatan akan lebih mudah dikenali dan ditentusahkan oleh komuniti antarabangsa, dan Malaysia berada dalam tahap yang kukuh sebagai hab pendidikan di rantau ini.

  11. Selain sumber maklumat ilmiah digital, langganan kepada pangkalan data sitasi seperti Scopus dan Incites menyediakan pelantar pemantauan impak penyelidikan di Semenjak tahun 2015, Pusat Sitasi dan Infometrik (PSI) telah menyediakan akses kepada pangkalan data Scopus untuk keseluruhan 20 UA. Sumber maklumat ini menjadi rujukan penting kepada penyelidik di Malaysia untuk menjana penerbitan berimpak melalui jurnal berkualiti yang diindeks oleh Scopus.

  12. Walaupun dalam tempoh COVID-19, ternyata output penerbitan ilmiah Malaysia masih meningkat dan mencapai 38,728 dokumen pada tahun 2020 berbanding 37,866 pada tahun Malah sehingga 15 Mac 2021, penyelidik Malaysia telah berjaya menghasilkan 6,374 penerbitan terindeks sebagaimana dilaporkan di dalam pangkalan data Scival pada 22 Mac 2021.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

  1. Keberanian untuk meneroka perkara-perkara baharu dan mencabar merupakan prasyarat penting untuk menjayakan sesuatu misi. Walaupun sukar, ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan. Yang penting adalah untuk meleburkan rasa keraguan serta ketidakyakinan diri.

  2. Jika tuan-tuan dan puan-puan pernah menonton filem Pirates of the Carribean, sudah tentu tuan-tuan dan puan- puan pernah melihat adegan yang menunjukkan peta yang tertulis di atasnya “Here There Be Dragons”.

  3. Zaman dahulu, penjelajah laut akan melukis gambar seekor naga di atas sesuatu peta sebagai simbol menandakan tempat itu belum pernah diterokai, penuh misteri dan berisiko tinggi untuk dilalui atau Oleh kerana itu, penjelajah laut akan mengambil laluan yang lebih selamat walaupun jauh untuk sampai ke destinasi yang dituju.

  4. Namun, terdapat juga penjelajah laut yang mengambil cabaran mengharungi lautan ganas serta menempuhi tempat-tempat yang ditandakan dengan simbol naga untuk sampai ke destinasi yang Mereka sanggup menghadapi naga, didorong oleh azam yang kuat, semangat yang berkobar-kobar dan rasa kebanggaan yang meluap-luap. Bagi membolehkan mereka berbuat begitu, pastinya ia memerlukan alat pelayaran yang sesuai, kapal yang dilengkapi dengan peralatan yang baik serta kumpulan pelayar yang terlatih dan setia.

  5. Hanya mereka yang mempunyai keberanian luar biasa yang boleh melakar peta baharu dunia. Marco Polo telah merakam pelayarannya ke China pada tahun 1271, Bartholomew Diaz telah menemui “Cape of Good Hope” pada tahun 1488 dan Christopher Columbus telah menemui benua baharu Amerika pada tahun 1492.

  6. Nama Ibn Battuta pula tercatat dalam sejarah sebagai antara pelayar agung di Hasilnya, jika kita melihat peta pelayaran moden hari ini, tiada lagi simbol naga yang digunakan.

  7. Dalam perspektif kita di KPT, kita juga perlu berani mencabar status quo, membuat perubahan minda, melakukan anjakan paradigma, berfikir di luar kotak serta berkongsi sumber dan kepakaran.

  8. Melangkah ke hadapan, Konsortium Sumber Elektronik Pendidikan Tinggi sewajarnya disebar luas manfaatnya bukan sahaja kepada keseluruhan warga pendidikan tinggi, malahan kepada masyarakat Malaysia keseluruhannya. Saya yakin hala tuju Konsortium ini akan berfokus kepada inisiatif membangunkan prasarana digital ilmiah sehenti yang menjadi rujukan rakyat Malaysia dan komuniti global.

Tuan-tuan, puan-puan serta hadirin yang saya kasihi sekalian,

  1. Besar harapan saya agar Konsortium Sumber Elektronik Pendidikan Tinggi ini dapat meneruskan agenda bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan pendidikan tinggi dalam aspek penyediaan sumber khazanah ilmu kepada warga pendidikan tinggi dan juga orang awam.

  2. Seterusnya, membantu menjadikan lebih ramai rakyat Malaysia berpendidikan tinggi dan memajukan negara.

  3. Saya sedar bahawa untuk mencapai matlamat ini bukanlah sesuatu yang mudah, namun, jika semua berganding bahu, bekerjasama dalam satu kefahaman dan tujuan, saya percaya tiada perkara yang mustahil untuk kita

  4. Oleh itu, setinggi-tinggi penghargaan saya rakamkan khususnya kepada semua UA khususnya JKPUA yang bersama-sama dengan Kementerian bagi merealisasikan kerjasama strategik ini. Terima kasih atas komitmen dan usaha yang diberikan. Semoga persefahaman ini menjadi suatu titik mula ke arah pencapaian aspirasi bersama dalam pendidikan tinggi negara.

  5. Dengan lafaz yang mulia, Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan ini melancarkan Konsortium Sumber Elektronik Pendidikan Tinggi.

Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Muat Turun

  1. document Teks Ucapan YBM KPT Majlis Pelancaran Konsortium Sumber Electronik Pendidikan Tinggi (format .docx) (55 KB)
  2. pdf Teks Ucapan YBM KPT Majlis Pelancaran Konsortium Sumber Electronik Pendidikan Tinggi (format .pdf) (155 KB)
  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 16654