logo kpt black

TEKS UCAPAN

YB. DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN
MENTERI PENDIDIKAN TINGGI

PENGUMUMAN DIVIDEN SIMPAN SSPN 2022 & PELANCARAN KEMPEN GANJARAN KESETIAAN SIMPAN SSPN PRIME 2023

5 APRIL 2023 (RABU)


Tuan-tuan dan puan-puan,

  1. Hari ini kita akan sama-sama menyempurnakan 2 Perkara.
  2. Pertama, pengumuman dividen bagi tabung Simpan SSPN 2022 dan yang kedua, Pelancaran Kempen Ganjaran Kesetiaan Simpan SSPN Prime 2023.
  1. Kita sedia maklum bahawa simpanan untuk tujuan pendidikan tinggi adalah perkara yang sangat kritikal.
  1. Jadi, kementerian sentiasa memandang serius dan menyokong sebarang usaha yang bertujuan membudayakan amalan menabung untuk tujuan pendidikan.
  1. Atas dasar itu, galakan demi galakan diperkenalkan agar masyarakat menyahut secara besar-besaran seruan menabung untuk tujuan
  1. Ia bukan sahaja mengurangkan kebergantungan masyarakat kepada pinjaman, tetapi berupaya mengelakkan anak-anak dibelenggu hutang apabila tamat pengajian kelak.
  1. Misi ini selaras dengan konsep Malaysia Madani yang menekankan tentang kesejahteraan ekonomi dan sosial demi Malaysia yang lebih maju dan makmur.
  1. Justeru, saya ingin mengambil kesempatan ini merakamkan setinggi- tinggi tahniah kepada masyarakat Malaysia, khususnya para pendeposit Simpan SSPN atas sokongan dan kesetiaan menabung bersama

Tuan-tuan dan puan-puan,

  1. Secara keseluruhan, sehingga 31 Disember 2022, sebanyak 5.73 juta akaun Simpan SSPN telah dibuka sejak instrumen simpanan ini diperkenalkan pada tahun 2004.
  1. Jumlah akaun ini melibatkan nilai deposit sebanyak 24 bilion.
  1. Bagi tahun lalu, Simpan SSPN telah merekodkan nilai simpanan yang membanggakan sekali pun kita berdepan dengan persekitaran ekonomi yang tidak menentu.
  1. Deposit Simpan SSPN yang diterima adalah berjumlah RM3.36 bilion iaitu 119.93% lebih tinggi berbanding sasaran awal sebanyak RM2.8
  1. Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak RM350.55 juta atau 11.66% berbanding tahun 2021 yang mencatatkan nilai simpanan sebanyak RM3.01 bilion.
  1. Dari segi pembukaan akaun baharu, sebanyak 491,984 akaun telah dibuka pada tahun 2022 berbanding sasaran sebanyak 400,000 akaun. Pencapaian ini adalah 123.00% lebih tinggi berbanding sasaran tahun
  1. Dan jika dilihat dari segi pelaburan deposit pula, Simpan SSPN bagi tahun 2022 mencatatkan keuntungan berjumlah RM321.65 juta.
  1. Ini sekali lagi merupakan satu pencapaian yang
  1. Kesemua pencapaian ini membuktikan keyakinan dan sokongan para pendeposit Simpan SSPN kekal utuh dan berterusan.
  1. Atas dasar itu, PTPTN berada dalam kedudukan yang selesa untuk mengumumkan hari ini kadar dividen Simpan SSPN bagi tahun 2022 sebanyak 3.05 peratus.
  1. Agihan dividen ini melibatkan anggaran peruntukan berjumlah RM266.17 juta yang akan memberi manfaat kepada 5.73 juta pendeposit akaun Simpan SSPN.
  1. Jumlah ini menjadikan agihan dividen secara keseluruhannya adalah bernilai RM1.33 bilion sejak Simpan SSPN diperkenalkan pada tahun
  1. Pemberian dividen 05 peratus ini bukan sahaja lebih tinggi berbanding agihan dividen sebanyak 3.00 peratus pada tahun 2021.
  1. Malah, merupakan kadar dividen yang kompetitif kerana lebih tinggi berbanding kadar keuntungan simpanan di akaun semasa dan simpanan tetap di sesetengah bank yang menawarkan kadar faedah keuntungan antara hanya 2.05 peratus sehingga 2.75 peratus.

Hadirin dan hadirat sekalian,

  1. Sambutan menggalakkan masyarakat ke atas Simpan SSPN bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Ini kerana, simpanan ini disokong dengan pelbagai keistimewaan dan manfaat.
  1. Selain menjadi satu-satunya produk simpanan yang memberikan keistimewaan pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan sehingga RM8,000 setahun, Simpan SSPN turut dilengkapi dengan perlindungan takaful ke atas pendeposit, Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak, simpanan yang dijamin kerajaan dan pelaburan patuh syariah.
  1. Selain itu, PTPTN turut mengadakan Kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2023 yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah hampir RM500,000 untuk 138 pemenang. Tempoh promosi bermula 1 Januari 2023 dan akan berakhir pada 31 Disember 2023.
  1. Sempena musim perayaan ini pula, pendeposit berpeluang untuk menyertai Kempen Cabutan WOW! Syoknya Raya yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah hampir RM50,000 untuk 23 pemenang. Tempoh promosi bermula pada 1 Mac lepas hingga 31 Mei ini.
  1. Oleh itu, rebutlah peluang ini untuk menyimpan dalam Simpan

YBhg. Dato' Seri, Tuan-tuan/ Puan-puan sekalian,

  1. PTPTN sentiasa mencari langkah dan strategi terbaik untuk para
  1. Sebagai hadiah istimewa kepada para pendeposit Simpan SSPN Prime yang membuat penabungan dalam jangka masa panjang, PTPTN dengan sukacitanya akan memberikan insentif khas sebagai ganjaran tambahan selain dividen tahunan.
  1. Ganjaran Kesetiaan sebanyak 1 peratus akan diteruskan pada tahun ini sebagai tanda penghargaan PTPTN kepada para pendeposit yang setia menyimpan dalam Simpan SSPN Prime selama ini.
  1. Ganjaran Kesetiaan ini akan dinikmati oleh pendeposit Simpan SSPN Prime yang membuat simpanan minimum RM500 dalam tempoh promosi iaitu bermula 5 April 2023 hingga 31 Julai 2023.
  1. Insentif ini layak disertai oleh pendeposit yang membuka akaun Simpan SSPN Prime pada tahun 2004 sehingga 31 Disember 2019.

Hadirin dan hadirat sekalian,

  1. Dengan pemberian 3.05 peratus dividen dan 1 peratus Ganjaran Kesetiaan, saya harap kedua-dua insentif ini akan terus memberi galakan dan meningkatkan keyakinan pendeposit Simpan SSPN.
  1. Marilah bersama-sama menyuburkan amalan menyimpan dan menabung demi pendidikan. Tidak ada pelaburan yang lebih besar nilai dan maknanya, selain tabungan untuk tujuan pendidikan dan mencari
  1. Akhir kata, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan ini melancarkan Kempen Ganjaran Kesetiaan Simpan SSPN Prime 2023.
  1. Sekian, terima kasih.

Muat Turun:

pdf Teks Ucapan YBM KPT Pengumuman Dividen Simpan SSPN 2022.pdf (74 KB)

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 6313
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 24 April 2024, 16:08:46.