Bahagian Akaun

Latar Belakang

Bahagian Akaun diwujudkan secara rasminya pada tahun 2009 dan berperanan sebagai Pejabat Perakaunan bagi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan keanggotaan seramai lima puluh (50) perjawatan yang diketuai oleh seorang Ketua Akauntan.

Visi & Misi

Visi

Peneraju Kecemerlangan Dalam Pengurusan Perakaunan Dan Kewangan Pengurusan Sektor Awam.

Misi

Menyediakan Perkhidmatan Pengurusan Perakaunan dan Kewangan Yang Terbaik Serta Memenuhi Keperluan Stakeholder.

Objektif

  • Melaksanakan sistem pengurusan perakaunan dan kewangan dengan cekap dan berkesan;
  • Menyediakan Penyata Kewangan Kementerian yang tepat dan boleh dipercayai kepada pemegang taruh;
  • Memastikan transaksi kewangan diperakaunkan dengan tepat dan mematuhi piawaian perakaunan dan peraturan kewangan yang berkuatkuasa;
  • Memberi khidmat nasihat yang berkualiti dan berkesan dalam perkhidmatan perakaunan dan kewangan selaras dengan amalan terbaik; dan
  • Menyediakan maklumat dan laporan pengurusan perakaunan bagi membantu Pengurusan Atasan dalam pembuatan keputusan.

Piagam Pelanggan

  1. Membayar gaji bulanan anggota Kementerian dan Jabatan;
  2. Memberi maklumbalas kepada semua aduan sistem dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh aduan diterima;
  3. Mengeluarkan Laporan Naziran dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh Mesyuarat Penutup bagi membolehkan tindakan pembetulan dan penambahbaikan diambil oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ);
  4. Memproses permohonan tahap capaian pengguna sistem iGFMAS dan sistem eVendor dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima;
  5. Memproses permohonan pengesahan dan penamatan Authorized Personnel (AP) bagi token GPKI melalui Portal GPKI pada hari yang sama dan tidak lewat dari tiga (3) bekerja dari tarikh permohonan diterima;
  6. Melaksanakan Payment Run bagi kelulusan Cek/ EFT/ pindahan telegraf/ bank draf dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas dokumen selesai diperaku II oleh PTJ;
  7. Memproses bil bayaran pukal dalam tempoh lima (5) hari selepas fail pukal diterima dari agensi;
  8. Meluluskan permohonan sijil AP58(a) dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas permohonan diterima;
  9. Memproses Bayaran Permohonan Pulangan Balik Hasil AP87 dalam tempoh tujuh (7) hari selepas permohonan diterima;
  10. Memproses bayaran untuk permohonan pembiayaan komputer/ telefon pintar/ pinjaman kenderaan/ pendahuluan diri LBGE/ AP59/ AP55/ Pendahuluan diri TNT dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas permohonan diterima;
  11. Membuat pengesahan Sijil Akuan Hutang/ Tidak Berhutang bagi pegawai yang hendak bersara dalam tempoh tiga (3) hari selepas permohonan diterima; dan
  12. Mengeluarkan surat kelulusan pelupusan dokumen kewangan dan perakaunan dalam tempoh empat belas (14) hari selepas permohonan lengkap diterima.

Struktur Organisasi

WhatsApp Image 2021 01 08 at 16.26.24

Fungsi

Seksyen Perunding Dan Perakaunan Pengurusan

  1. Memberi khidmat nasihat pengurusan perakaunan dan kewangan serta sistem perakaunan seperti berikut:
    1. Khidmat Nasihat/ Perundingan:
      1. Memberi khidmat nasihat berkaitan pengurusan perakaunan dan kewangan kepada PTJ
      2. Memantau pelaksanaan dan memberi khidmat nasihat sistem perakaunan di jabatan dan agensi 1GFMAS
      3. Membuat analisa Khidmat Perundingan untuk keperluan pemantauan pengurusan
      4. Membuat pemantauan pematuhan SAGA oleh Agensi di bawah KPT
    2. Pakar Rujuk Perakaunan Akruan:
      1. Membantu menyelesaikan isu berkaitan pelaksanaan perakaunan akruan
    3. Latihan Perakaunan Akruan:
      1. Merancang latihan perakaunan bagi memantapkan kemahiran pegawai
      2. Memastikan semua pegawai perakaunan mengikuti latihan perakaunan bagi memantapkan kemahiran pegawai
      3. Membuat analisa keberkesanan latihan yang dijalankan
    4. Perkhidmatan Teknikal:
      Memberikan Bantuan Teknikal Operasi kepada PTJ mengenai sistem1GFMAS
  2. Menyedia maklumat dan laporan serta menasihati pengurusan atasan dalam membuat keputusan bagi perkara berikut:
    1. Perakaunan Kos:
      1. Menyediakan maklumat kos untuk menilai program kementerian dalam pelaksanaan Outcome Based Budgeting (OBB) dan lain-lain keperluan pengurusan.
      2. Membuat analisa Perakaunan Kos untuk keperluan pemantauan pengurusan
    2. Analisa Kewangan:
      1. Menganalisa maklumat kewangan, menyediakan laporan dan menasihati pengurusan atasan membuat keputusan
    3. Perakaunan Sumber:
      1. Mengawal dan memantau maklumat sumber kewangan, sumber manusia dan aset bagi tujuan perancangan kewangan
    4. Pelaburan:
      1. Menyediakan cadangan pelaburan bagi wang lebihan amanah

Seksyen Perakaunan Kewangan

Memastikan maklumat perakaunan disediakan dengan tepat dan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan:

  1. Bayaran:
    1. Membuat semakan kelulusan PT, Membuat Semakan SG20 (Gaji), Mengurus Akaun Belum Bayar (ABB)/ Bayaran 
    2. Membuat Semakan Pukal
    3. Membuat Analisa Operasi Perakaunan Bayaran untuk keperluan pemantauan pengurusan
  2. Terimaan:    
    1. Mengurus Lejar Akaun Belum Terima (ABT) / Hasil
    2. Membuat Analisa Operasi Perakaunan Terimaan untuk keperluan pemantauan pengurusan    
  3. Amanah: 
    1. Mengurus Akaun Subsidiari  
    2. Mengurus Akaun Panjar
    3. Mengurus Akaun Amanah
    4. Mengurus Akaun Deposit  
  4. Dana:
    1. Menyediakan Penyata Penyesuaian Bank Bayaran dan Terimaan Kementerian 
    2. Mengurus Cek,Pindahan Telegraf dan pengurusan EFT
    3. Mengurus Cek/ EFT Batal
  5. Pelaporan : 
    1. Menyediakan Penyata Kewangan bulanan Kementerian      
    2. Menyediakan Penyata Kewangan tahunan Kementerian  
  6. Perakaunan Aset:  
    1. Menguruskan Perakaunan Harta Modal dan Inventori  
    2. Menguruskan Perakaunan Aset dan Liabiliti Lain    
    3. Menyediakan Laporan Perakaunan Aset Kementerian  
    4. Membuat analisa usia kegunaan dan keperluan aset Kementerian bagi tujuan keperluan pengurusan

Seksyen Pemantauan

Memantau pengurusan perakaunan dan kewangan di kementerian meliputi:

  1. Pemantauan Bayaran, Aset dan Amanah:
    1. Melaksanakan Naziran di semua PTJ KPT
    2. Memantau Verifikasi  Aset
    3. Melaksanakan Verifikasi Amanah dan Deposit
    4. Membuat Analisa Laporan Naziran untuk keperluan pengurusan
    5. Melaksanakan Pengurusan Risiko (Kewangan & Perakaunan)
    6. Memantau pengurusan ABB & ABT Kementerian 
  2. Pemantauan Terimaan:
    1. Melaksanakan Naziran di semua PTJ KPT
    2. Melaksanakan Verifikasi Kutipan 
    3. Membuat Analisa Laporan Naziran untuk keperluan pengurusan
    4. Melaksanakan Pengurusan Risiko (Kewangan & Perakaunan)
  3. Perakaunan Forensik:
    1. Melaksanakan pemantauan dan penyediaan laporan
  4. Pelupusan Dokumen Kewangan:
    1. Memproses permohonan pelupusan dokumen kewangan oleh PTJ
  5. Verifikasi Stok:
    1. Melaksanakan verifikasi stok di BA

Seksyen Pentadbiran Dan Kewangan

Menguruskan hal ehwal pentadbiran dan kewangan Bahagian:

  1. Pentadbiran :
    1. Melaksanakan urusan pentadbiran
    2. Menguruskan hal-hal perkhidmatan Kewangan
  2. Kewangan:
    1. Menguruskan Kewangan PTJ Bahagian
    2. Menguruskan stor dan aset Bahagian
    3. Membuat Analisa Kewangan Bahagian untuk keperluan pemantauan pengurusan
    4. Menguruskan emolumen & elaun lebih masa
    5. Mengurus belanjawan
    6. Mengurus perolehan 
    7. Mengurus dan mengawal panjar wang runcit  
    8. Mengurus terimaan bahagian dan PTJ KPT bagi penyelesaian pinjaman, pendahuluan dan lain-lain terimaan

Maklumat No Telefon untuk Dihubungi, No Faks, Emel & Alamat

Bahagian Akaun
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 11, No 2, Menara 2
Jalan P5/6 Presint 5,
62200 Putrajaya
Tel: 03-8870 6000
Faks: 03-8870 6819
  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 18505