KPT - Bahagian Pengurusan Maklumat

Korporat

Maklumat-maklumat korporat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk rujukan orang awam seperti Pengenalan, Visi dan Misi, Carta Organisasi, Menteri dan Timbalan Menteri, Pengurusan Atasan dan lain-lain.

Bahagian Pengurusan Maklumat

Latar Belakang

Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) merupakan bahagian yang mengendalikan perkhidmatan teras ICT di KPT.   BPM diketuai oleh Setiausaha Bahagian dan disokong oleh tiga seksyen terdiri daripada Seksyen Pengurusan Dasar, Pembudayaan Dan Latihan ICT, Seksyen Pengurusan Teknikal ICT dan Seksyen Pengurusan Aplikasi.

Visi & Misi

Visi

Untuk merangkaikan sepenuhnya dan memberikan perkhidmatan ICT yang berkualiti antara Kementerian dan agensi-agensinya ke arah merealisasikan hala tuju Kementerian Pengajian Tinggi

Misi

Merancang, membangun, menyelenggara dan memantau perkhidmatan ICT yang berkualiti bagi menyokong dan mempertingkatkan perkhidmatan organisasi untuk memenuhi aspirasi Kementerian Pengajian Tinggi.

Objektif

Mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan dan pentadbiran Kementerian Pengajian Tinggi serta agensi di bawahnya melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.

Piagam Pelanggan

  1. Memastikan ketersediaan perkhidmatan rangkaian pada tahap sekurang-kurangnya 99.5%.
  2. Memberi maklum balas berkaitan khidmat dan nasihat teknikal ICT kepada warga Kementerian Pengajian Tinggi apabila diperlukan sekurang-kurangnya dalam tempoh satu (1) hari bekerja bergantung kepada tahap kompleksiti.
  3. Membangun dan menyelenggara sistem aplikasi mengikut keperluan pengguna dalam tempoh yang dipersetujui bersama pemegang taruh.
  4. Melaksanakan pemprosesan berkomputer bagi data yang lengkap diterima dalam tempoh tiga (3) hari sehingga empat belas (14) hari bekerja.
  5. Memaklumkan keputusan kelulusan teknikal projek ICT dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT).

Struktur Organisasi

WhatsApp Image 2021 01 08 at 16.26.24

Fungsi

  1. Memberi khidmat nasihat dari segi perancangan, pembangunan, pelaksanaan dan khidmat perundingan projek ICT;
  2. Menyediakan infrastruktur, infostruktur dan perkhidmatan ICT yang menyokong visi, misi dan objektif KPT;
  3. Membangunkan aplikasi yang memenuhi keperluan pengguna bagi mengukuhkan sistem penyampaian KPT;
  4. Menyediakan perkhidmatan sokongan teknikal bagi memperkukuhkan prasarana ICT KPT;
  5. Memastikan keselamatan dan integriti aset ICT yang terjamin;
  6. Membudayakan personel IT yang mahir dan kompeten; dan
  7. Menyediakan mekanisme yang berkesan bagi memantau pelaksanaan projek ICT.

Seksyen Pengurusan Dasar, Pembudayaan dan Latihan ICT

  1. Merancang, menyelaras dan melaksanakan Pelan Perancangan Strategik ICT KPT dan Agensi di bawahnya.
  2. Meneliti, menyelaras, dan melaksanakan kertas/ dasar/ pekeliling/ garis panduan berkaitan ICT di KPT.
  3. Merancang, merangka, mengesyorkan, menyelaras dan melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan JK Pemandu ICT KPT.
  4. Merancang, merangka, menyemak, mengesyorkan, menyelaras dan melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan JK Pemandu ICT KPT.
  5. Merancang, menyelaras dan melaksanakan Mesyuarat Ketua Pegawai Maklumat/ Chief Information Officer (CIO) Kementerian & Agensi.
  6. Merancang, menyelaras dan melaksanakan Mesyuarat Penyelarasan ICT dan Program ICT di peringkat UA, Politeknik dan Kolej Komuniti.
  7. Merancang, merangka, meneliti, menyelaras dan menyediakan keperluan bajet tahunan peringkat BPM, KPT.
  8. Merancang, menyelaras dan melaksanakan inisiatif ICT, program kesedaran dan pembudayaan ICT merentas KPT dan Agensi di bawahnya.
  9. Menyelaras dan melaksanakan program perkongsian pintar di peringkat KPT dan Agensi di bawahnya.
  10. Merancang, merangka, menyelaras dan melaksanakan latihan, program kesedaran dan pembudayaan ICT

Seksyen Pengurusan Teknikal dan Keselamatan

  1. Merancang, menyedia, mengurus dan memantau perkhidmatan rangkaian Wide Area Network (WAN) KPT.
  2. Merancang, menyedia, mengurus dan memantau perkhidmatan rangkaian Local Area Network (LAN) KPT.
  3. Merancang, menyedia, mengurus dan memantau peralatan dan keselamatan rangkaian KPT.
  4. Merancang, menyedia, mengurus, memantau dan menyelaras khidmat teknikal dan operasi rangkaian KPT.
  5. Merancang, mengurus dan melaksanakan pengurusan hosting aplikasi Pusat Data Utama KPT.
  6. Merancang, mengawal dan menyelaras operasi pusat pemulihan bencana KPT di PDSA Cyberjaya.
  7. Mengurus kerja-kerja pengoperasian serta penyelenggaraan perkakakasan Mekanikal dan Elektrikal Pusat Data.
  8. Merancang, menyedia, mengurus, melaksana dan memantau perolehan peralatan ICT dan perisian yang dilaksanakan secara kontrak berpusat untuk kegunaan pejabat KPT, Agensi/ Jabatan di bawah KPT, Politeknik dan Kolej Komuniti.
  9. Mengawal selia perolehan, pelupusan dan laporan berkaitan aset ICT peringkat KPT.
  10. Menyediakan dan melaksanakan perkhidmatan meja bantuan dan khidmat sokongan teknikal ICT di pejabat KPT.
  11. Merancang, menyedia, mengurus, memantau dan menyelaras khidmat sokongan teknikal ICT di KPT.
  12. Merancang dan melaksanakan program naziran ICT di pejabat KPT, Politeknik dan Kolej Komuniti.

Seksyen Pengurusan Aplikasi

  1. Merancang, mengurus dan melaksana pembangunan sistem aplikasi di KPT.
    • Aplikasi pengurusan biasiswa, pinjaman dan bantuan kewangan
    • Aplikasi Pendidikan Tinggi bagi JPT
    • Aplikasi pengurusan (generik) di KPT
  2. Merancang, mengurus dan melaksanakan Pemprosesan Data bagi:
    • Kemasukan Pelajar ke IPT
    • Aplikasi pengurusan biasiswa, pinjaman dan bantuan kewangan
    • Aplikasi Pendidikan Tinggi bagi JPT
  3. Merancang dan melaksanakan aktiviti penyelenggaraan dan penambahbaikan sistem aplikasi di KPT.
  4. Khidmat nasihat bagi pembanguna aplikasi baru, naik taraf, perluasan dan penyelenggaraan sistem sediaada.
  5. Merancang, melaksana dan menyelenggara perkhidmatan portal KPT.
  6. Merancang, menyelenggara dan melaksana perkhidmatan gudang data KPT.
  7. Merancang, menyelaras dan melaksana aplikasi sektor awam secara berpusat peringkat KPT.

Unit Pentadbiran

  1. Mentadbir dan mengurus tuntutan TNT, elaun kerja lebih masa.
  2. Mengurus keperluan pengurusan mesyuarat.
  3. Mengurus rekod, fail dan surat-menyurat.
  4. Mengurus aset dan stor pejabat.
  5. Mengurus dan menyelaras waran perjalanan udara.
  6. Mengurus rekod cuti, HRMIS, kehadiran biometrik dan keluar pejabat.
  7. Mengurus penempatan pegawai.

Maklumat No Telefon untuk Dihubungi, No Faks, Emel & Alamat

Bahagian Pengurusan Maklumat
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 6, No 2, Menara 2
Jalan P5/6 Presint 5,
62200 Putrajaya
Tel: 03-8870 6061
Faks: 03-8870 6819
  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 3383

Logo KPT
Portal Rasmi Kementerian Pengajian Tinggi © Hak Cipta Terpelihara
Kemaskini terakhir: Selasa 26 Oktober 2021, 09:14:30.